Friday, 20 July 2012

LAYAKKAH DIRI INI DICINTAI OLEH ALLAH SWT??





ASSALAMUALAIKUM wbt.
Alhamdulillah,,
Alhamdulillah,,
Alhamdulillah,,



sudahkah kita bertaubat??? memohon keampunan-NYA???

sama-sama kita muhasabah diri balik =>




layakkah diri ini dicintai oleh ALLAH segala puji bagi-NYA tuhan seluruh alam yang tiada bandingan.. Kita cakap yang kita cintakan ALLAH adakah segala tindakan kita ini menampakkan yang kita cintakan ALLAH??? adakah ia benar-benar datang dari lubuk hati yang kita cintakan ALLAH?? hanya diri kita dan ALLAH sahaja yang mengetahuinya,, 
bila kita cakap cintakan ALLAH maka sudah semestinya kita mesti melakukan amar makruf nahi mungkar,, itulah asasnya,,, tapi kita faham manusia pasti akan ada turun naik imannya,, kita sering lalai dalam kehidupan kita,,, kita tidak sekuat iman para sahabat suatu ketika dahulu,,, kita sering melakukan dosa....

tapi ALLAH sentiasa sayang kepada hambanya,,, selagi matahari belum terbit di barat selagi itulah kita masih berpeluang memohon keampuanan daripada-NYA.

Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa, dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah Syura, ayat 25).

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana adalah Allah itu Pengampun, Penyayang”. (Surah Furqaan, ayat 70).
Oleh itu, kita sama-sama memohon keampunan daripada ALLAH,,, dan berusaha untuk mencari cinta-NYA. bukan mudah untuk mendapatkan cinta ALLAH tapi kita juga mestilah berusaha untuk meraih cinta-NYA siapa yang tidak mahu dicintai oleh ALLAH SWT. Semua orang mukmin pasti mahu dan mendambakannya,, oleh itu amalan yang kita lakukan juga mestilah yang dapat menarik minat ALLAH agar dapat mencintai kita kan,,, kalau bukan sekarang bila lagi kita meraih cinta-NYA.

Antara cara-cara agar diri kita dicintai oleh ALLAH,,, sama-sama kita tanamkan azam agar kita akan dicintai oleh ALLAH satu hari nanti insyaALLAH,,, AMIN 

1.Membaca dan mentadaburi Al-Qur'an, serta memahami makna-maknanya dan maksud yang terkandung di dalamnya

2.Mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala dengan menjalankan amalan-amalan sunat sesudah menyempurnakan amalan wajib

3.Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan, baik dengan lisan, hati, perbuatan mahu pun keadaan, kerana kadar kecintaan bergantung pada zikir

4.Mengutamakan apa-apa yang Allah cintai daripada apa yang engkau cintai ketika hawa nafsu sedang menguasai

5.Hati senantiasa menelaah dan memperhatikan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya, dan mendalaminya di taman dan medan ilmu pengetahuan ini

6.Menyaksikan berbagai kebaikan dan nikmat Allah yang lahir dan batin

7.Merasa rendah dan tunduk hatinya di hadapan Allah, dan ini merupakan sebab yang sangat menakjubkan

8.Menyendiri (untuk beribadah) pada waktu turunnya Allah (ke langit dunia pada sepertiga terakhir dari waktu malam) dan membaca kitab-Nya, lalu menutupnya dengan istighfar dan taubat

9.Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah dengan jujur, mengambil buah yang baik dari perkataan mereka, dan engkau tidak berbicara kecuali jika nampak kuat adanya maslahat dalam berbicara dan engkau tahu akan menambah manfaat bagi dirimu dan orang lain


 10.Menjauhi setiap sebab yang akan menjadi penghalang antara hati dengan Allah