Friday, 21 June 2013

KAMPUSKU ~~~

Bismillahirahmanhirahim...
Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bertaubat ^____^

Bermulanya kisah perjalanan ku untuk menyambung pelajaran di sebuah kampus yang terletak di pendalaman Sabah... Suatu ketika dahulu,, diri ini tidak pernah terfikir tentang ISLAM,, diri ini agak jahil tentang agama Islam,, diri ini tidak pernah menyumbang apa-apa untuk Islam,, diri ini terlalu leka dengan duniawi yang fatamorgana,, diri ini sering kali lupa pada Penciptannya,, diri ini lupa pada pengadilan yang akan datang,, diri ini terlalu selesa dengan kehidupan dunia,, diri ini tidak mengamalkan cara hidup Islam 100%,, diri ini tidak menutup aurat dengan sempurna,, diri ini terlalu jahil tentang ilmu agama.. Inilah kehidupanku sebelum aku memasuki kampus itu.

Namun semuanya berubah apabila bermulanya sem pertama bagiku dan rakan-rakan yang lain.. Bermulanya hidup sebagai pelajar kampus yang juga merupakan seorang pelatih guru di kampus itu.. mengikuti MPPB di situ aku mula kenal dengan seorang kakak senior yang juga merupakan seorang JPP biro kerohanian tidak silap pada waktu itu,, aku mengenalinya kerana dia yang bertugas untuk membawa kami ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah,, kemudian apabila sampai masa untuk kami di provoke,, semua pelatih guru berasa takut kerana akan diberhentikan pengajian (masa tu masih belum tahu apa-apa lagi lepasan SPM kan) tapi masih segar dalam ingatan apabila kakak itu menyatakan ayat ini "yakinlah dengan ALLAH,, banyakkan berdoa kepada ALLAH" 

walaupun pada waktu tu kak Sue belum mengenaliku tapi aku dapat rasakan yang dia seorang kakak yang baik dan aku ingin mengenalinya..

Seperti biasa aku menjalankan aktiviti harian yang dilakukan oleh seorang guru pelatih di kampus,, kenal dengan sabahat dan sahabiah baru.. kemudian aku terkejut lagi dengan USRAH,, timbul persoalan di minda apa tu Usrah,, kenapa mesti turut serta dalam Usrah tu,, malaslah nak join,, tetapi ALLAH sebaik-baik perancang,, aku join juga usrah kerana semua rakan-rakan lain join,, ikut dalam keterpaksaan.. wajib untuk kami mengikuti usrah ketika itu,, aku lihat kakak tadi yang aku jumpa di masjid yang bawa kami ke Masjid pada waktu MPPB,, kelihatan dialah ketua usrah (fikiranku pada waktu itu).. kakak tu penuh kelembutan dalam menyampaikan dakwahnya,, dia tidak kisah kami macam mana,, dia tidak kisah keadaan kami macam mana,, dia dekati kami dengan kelembutan (dalam fikiranku~~ aku sukalah,, kakak tu dia baik,, lemah lembut,, nampak keikhlasannya untuk menarik kami dalam Islam ini) tapi dia merupakan kakak naqibah kepada bugem lain,, bukan bugemku huhuhu... ini lagi satu BUGEM=BULATAN GEMBIRA= usrah.. bermulanya kisah aku mengikuti bugem,, aku mengenali kakak naqibahku.. kakak naqibahku ada dua,, 1 orangnya agak bersemnagat,,sentiasa cepat,, paling tidak lupa kalau berjalan dengannya pasti dia akan cakap 'JOM' (laju kalau berjalan) tapi nampak comel,, banyak memberikan ilmu,, seorang kakak yang baik dan aku suka padanya,, dia pernah berbual dengan ku tentang cinta,, di situ aku mula sedar cinta pada yang hakiki,, aku sangat admire dengan kakak ni,, dia ceritakan kisah cintanya dengan aku,, waktu tu aku duduk sendiri sambil membelek-belek tafsir dan menunggu waktu isyak,, dia datang mendekati dan mula bercerita.. aku kagum dengan dia,, di saat dia sedih dia melakukan tahajud mendekatkan diri dengan sang Pencipta,, dan itu yang memberi kekuatan padanya,, kemudian dia meminjamkan bukunya kepadaku iaitu "PEMILIK CINTAKU, SETELAH ALLAH DAN RASUL,,oleh Fatimah Syarha".. 


aku pun membaca buku itu,, timbul kesedaran sedikit dalam diri mengenai CINTA ini,, walaupun dia sudah tidak menjadi kakak naqibahku pada tahun berikutnya,, aku masih ingat lagi kata-katanya,, bagaimana dia mengajar aku tentang nilai-nilai Islam.. apabila dia tamat pengajian di kampus kami,, dia ada memberikan aku sebuah buku,, buku itu 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul',, aku terharu,, dia masih ingat lagi dengan aku,, salah seorang adik bugemnya memberikan buku itu padaku,, "nah, bukumu kak Yati bagi" aku tergamam dan gembira,, walaupun hanya sebuah buku tapi amat bermakna bagiku,, kak yati tak lupa aku dalam fikiranku,, dan yang aku tidak lupa apabila tanganku luka terkena pisau,, agak dalam lukanya di jari ku,, dia ternampak jariku luka kemudian dia mengajakku untuk pergi ke hospital selepas solat isyak,, aku berkata "tak pa ni kak sikit jak,, sekejap sembuhlah tu" tapi kakak ni seorang agak degil dia tetap bawa aku ke hospital,, sampai dia telefon,, "siap sudahkah kakak di bawah sudah ni,, jom kita ke hospital" aku tergamam lagi,, sampai begitu sekali kesanggupan mereka,, benarlah ukhwah fillah benar-benar manis... balik dari hospital,, sekali lagi aku terkejut kak yati dan kak ibah singgah di restoran dan membelikan aku makanan.. subahanaALLAH... dalam fikiranku,, (aku ni luka di jari,, bukannya demam sampai di belikan makanan yang berkuah-kuah) aku gembira sempat mengenali meraka... kakak naqibah ku yang satu lagi ni,, orang jauh,, orang semenanjung, Johor,, dia seorang tegas tapi sebenarnya dia lembut,, kakak ni baik sangat dan yang tak lupa tentang dia apabila  dia suka mencubitku,, comel sangat.. itulah kak shira.. tidak lupa juga masa ulang tahun kelahiranku dia memberikan aku tabung rumah,, comel,, mungkin dia suruh aku untuk menabung ni.... aku gembira dapat mengenali mereka....

to be continue~~~

No comments:

Post a Comment