Monday, 11 November 2013

SEM INI~~~ sem 2 di PISMP

Assalamualaikum..

alhamdulillah....

antum semua khaifa haluka/ki???
hehhehe





Alhamdulillah di sem 2 ini banyak mengajar ana untuk menjadi seorang pemimpin.. di mana ana menjadi ketua dalam menguruskan program... sungguh bukan mudah menjadi pemimpin.. sungguh ana tidak pandai untuk menjadi pemimpin.. sungguh ana tidak pandai untuk mengarah orang.. sungguh ana rasa ana tak mampu.. sungguh ana rasa tekanan apabila menjadi ketua ini kerana takut program yang dijalankan itu tidak menjadi.. ana rasa macam tak layak sahaja untuk menerima jawatan itu... 



1. ana menjadi Masulah bagi syukbah Sukan dan Rekreasi di JKM

2. ana menjadi pengerusi dalam menguruskan penutupan IHYA RAMADHAN
3. ana menjadi Pengerusi untuk program lawatan kelas ke Hospital


Bila difikirkan balik sebenarnya ALLAH ingin menjadikan ana sebagai pendakwah yang baik.. ada hikmah mengapa ALLAH pilih kita menjadi ketua.. sungguh baru ana rasa kemanisan itu,, alhamdulillah



Ana tidak pernah pun terfikir untuk manjadi ketua ini.. tapi ALLAH dah pillih,, dan mungkin kerana ana sahaja yang mampu untuk mengguruskannya,, lagipun ini juga merupakan latihan kepada ana kerana apabia senior sudah di postingkan,, siapa lagi yang akan menggerakkan JKM kami di IPG tu.. mungkin ini lah sebabnya ALLAH pillih ana untuk menjadi ketua.. agar ana tahu sedikit ilmu dalam pengurusan..



Cerita tentang menjadi Masulah Sukan dan Rekreasi pun ada cabaran ... dan ana rasa ana yang paling muda dalam menjadi masulah muslimat syukbah kami di JKM... apabila buat kali pertama ana menguruskan program MUSLIMAT DAY'S OUT naik turun blok pentadbiran seminggu sebelum program itu  di jalankan,, penat terasa,, tekanan pun datang.. kadang-kadang ana rasa kalut juga uruskan program ini.. alhamdulillah yang bestnya program ini hanya dihadiri oleh muslimat sahaja... Tetapi menjadi cabaran juga kerana ana terasa sindiran daripada muslimin JKM padahal kami sudah inform juga dengan pengurusi JKM yang kami akan buat program ini.. sebenarnya bukan ana yang rancang program ini.. tetapi ustazah Saidah ana  hanya sebagai pelaksana dalam menjayakan program ini.. lagipun dana yang kami gunakan adalah daripada dana HELWI sendiri.. tidak menggunakan dana JKM.. jd program ini muslimat sahajalah... pedas juga telinga mendengar tapi tidak apa.. pengalaman sungguh mendewasakan.. alhamdulillah ^^.. program ini juga berjalan dgn lancar.. alhamdulillah ana telah ditolong oleh kakak-kakak senior dimana mereka telah menjadi kem kom terjun la katakan hihihhihi 



Sesudah itu,, ana telah dtugaskan lagi menjadi pengerusi bagi program penutupan IHYA RAMADHAN.. ini adalah antara program yang bagi ana agak besar untuk ana kendalikan di usia yang agak muda la sangat katakan.. sebab program ini melibatkan ramai orang.. mana ana terkejar-kejar sana sini.. alhamdulillah ALLAH tahu ana tidak mampu,,, Allah telah kirimkan seseorang hamba Allah untuk menolong ana... sangat rasa bersyukur.. Oleh kerana ini merupakan program pertama yang besar ana kendalikan jadi ana tidak ada pengalaman.. baru ana ni seorang yang kelam kabut sikit huhuhuhu hamba Allah ini lah yang banyak bantu ana,, dia bagi ana panduan untuk mengendalikan program ini... 



Seterusnya, ana jadi pengerusi lagi bagi aktiviti kelas kami.. iaitu lawatan ke hospital... seminggu sebelum tu.. memang naik turun blok pentadbiran.. alhamdulillah Allah kurnakan penolong pengerusi yang sangat membantu ana rsa sangat bersyukur... Allah permudahkan juga.. biasalah pasti akan ada masalah.. semasa kita menguruskan satu aktiviti.. semua ini adalah tarbiyah dari Allah.. alhamdulillah...



Kesimpulannya,,, Alhamdulillah Allah latih diri untuk menjadi ketua.. Allah tahu yanng terbaik.. untuk hambanya,, lagi pun setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ini... ana dapat ilmu iaitu tahu serba sedikit.. cara pengurusan.. jadi kami sebagai pelapis.. mesti ambil dan belajar ilmu-ilmu sebelum senior-senior pergi meninggalkan kami atas tuntutan kerja mereka.. bukti yang kita ini adalah khalifah dalam surah al-Baqarah    ayat 30





maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


waulawa'alam..

No comments:

Post a Comment