Sunday, 16 September 2012

TAMRIN (>_<)


Bismillahhirahmanhirahim,,...
Assalamualaikum Warahmataulahi Wabarakatuh....


Alhamdulillah,, ana baru sahaja mengikuti satu program yang ana rasa sangat bermanfaat belum pernah rasanya ana mengikuti program yang sangat terkesan dihati,,, sebelum ni ada juga ikut program yang bermanfaat Alhamdulillah ok juga namun pada kali ini yang ana rasa sangat-sangat membuka minda... erm,, ana ni kalo dalam bahasa Arab memanglah failed da heheheh tapi rasa macam mahu belajar pula bahasa Arab... em tak pa rasanya kalau guna ana untuk menggantikan saya kan,, nilah permulaan untuk belajar bahasa Arab.. (^_^)

Program yang ana ikut tu bertempat di Masjid At-Taqwa di Keningau,, hanya mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja,, sepatutnya 3 hari 2 malam namun terdapat maslah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana Allah pilih untuk mengikuti program walaupun bilangan yang mengikuti program ni tak ramai hanya terdapat 11 perserta sahaja 8 muslimat dan 3 muslimin. Penghulu kami ialah Nazari dan penghuluwati ialah kak Anisah hehehhe.

Pada mulanya, ana berfikir juga 2 kali sama ada mahu mengikuti program ini ataupun tidak sebab bisikan syaitan lakanataullah kali ni kan,,, Tapi yang peliknya setiap pergerakkan ana tetap ingin mengikuti program tu,,mungkin ALLAH pilih sudahkan... Jadi ana pun ikut jugalah program tu...

Rupanya tidak sia-sia ana ikut program tu,, pada pagi hari pertama tu kami telah dibagikan amanah iaitu menghafal 2 ayat Al-Quran beserta maksudnya sekali oleh kak Aisyah iaitu surah Muhamad ayat 7 dan Surah At-Taubah ayat 41.


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Allah akan membantu dan meneguhkan kedudukanmu.



Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui.


Alhamdullilah. ana dapat hafal jugalah 2 ayat ni , ayat yang kedua tu Surah At-Taubah alhamdulillah memang ana sudah hafal sebab sebelum tu pernah juga ana ikut kursus kepimpinan jadi ayat ni juga amanah yang diberikan kepada kami. 

Setelah tu,, bermulalah program kami dan Ustasz Rusli yang pertama memberikan kuliah kepda kami.. pada mulanya ana terkejut juga sebab macam kuliah pula program kali ni,, em tak pa lah,,ikut sahaja macam mana program ini dikendalikan.. Inilah juga pada pertama kalinya ana tidak rasa mengantuk untuk mendengar kuliah-kuliah agama yang mengambil masa lebih 1 jam malahan bersemangat pula,,  hebat benar ustaz Rusli ni memberikan kuliah. Kertas kerja ini bertajuk "Kesempurnaan Islam". Ayat yang ana suka dengar ialah bila Ustaz cakap yang Islam ni Comeyy = Islam ni comel... wah comelnya heheheh namun benar semuanya Islam ini memang comel sebab tidak ada agama yang selamat selain Agama Islam, kerana maksud Islam sahaja sudah bererti Selamat, aman, sejahtera, kedamaian. Islam juga tunduk patuh kepada Allah dan agama Islam ini juga SESUAI SEHINGGA HARI KIAMAT. (kata Ustaz Rusli pegang kuat-kuat dihati ayat ini). Walaupun mungkin ada insan lain yang   kurang menyenangi ayat ini namun kita pegang sahaja kata-kata ini.
Selain itu darurah (prinsip-prinsip) dalam Islam terdapt 5 iaitu:

  • Jaga Agama
  • Jaga Nyawa
  • Jaga Keturunan
  • Jaga Akal
  • Jaga Harta

Lagi pun sumber Islam ni berlandaskan Al-quran dan Sunnah. Ingat wasiat terakhir  Rasulullah SAW kepada umatnya iaitu Tidak aku tinggalkan kepadamu 2 perkara yang mana jika kmau berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat sehingga hari kiamat iaitu AL-QURAN dan SUNNAH

 (>_<)



Wednesday, 12 September 2012

MY FRIENDS TRAINING TEACHERS (^_^)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,,,

Apa khabar iman sidang pembaca sekalian heheheh (^_^)
mudah-mudahan akan tetapkan iman kita kepada ALLAH S.W.T insyaallah.


Alhamdulillah,,, inilah dia wajah-wajah bakal GURU PRASEKOLAH (SK) hehehe insyaALLAH mereka semua ini akan menjadi seorang guru yang cemerlang dan mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan walaupun ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam. Namun kami semua akan berusaha ke arah itu,,, insyaALLAH dengan pertolongan ALLAH... Ya ALLAH please help us to be a good teachers and always obey to Your rules at the same time try to show how to be a good Muslim.
Ahli-ahli kelas kami ini terdiri daripada 30 ahli iaitu  8 orang muslimin dan 22 muslimah insyaALLAH,, dan tutor kami yang segak tampan Encik Jamaluddin,, heheeh
Kami semua menjalinkan ikatan ukhwah di dalam satu kelas yang  banyak memberikan  kenangan kepada kami semua walaupun perkenalan kami baru setahun lebih dan kami akan bersama insyaALLAH selama 5 tahun dan ada 4 tahun lagi perjuangan kami untuk belajar dan akan menjadi guru Prasekolah hehehe... Kami semua berasal daripada keturunan yang berbeza, bangsa yang berbeza, asal yang berbeza dan agama yang berbeza namun itu semua tidak menjadi penghalang untuk kami bersahabat sedangkan dalam Islam pun tidak ada istilah pangkat, darjat.. Malahan yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa serta dalam islam juga kita hendaklah bersikap sejahtera terhadap orang bukan islam untuk menunjukkan bahawa agama Islam ini merupakan agama yang aman dan di sini juga kita dapat mengembangkan syiar Islam.... InsyaAALLAH. Saya berdoa yang terbaik untuk sahabat-sahabat ku sekalian untuk mendapat hidayah. dan yang memberikan hidayah hanyalah ALLAH,,, hidayah milik ALLAH dan Dia akan memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Namun kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.... (^_^)

Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.


Diharapkan ukhwah kita akan terus dan terus terjalin,,, I'm sorry My friends if I have hurt you all through speech, acts or others,,, sorry so much,,, I hope we all can past in exam and gets result flying colours and will be a goood teacher insyaALLAH,,,, AAmiin (^_^)

My Friends... form 5 (^_^)

Assalamualaikum,,,
Assalamualaikum warahmatullah,,,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....



hehheheh, inilah dia wajah-wajah budak 5 Bestari 2010,,, em sory bukan semua ada dalam gambar ni kan hehehhe.


Kelas 4 dan 5 bestari ni yang banyak mengajar  mengenai kehidupan remaja,,, zaman 16 dan 17 tahun inilah kita berasa kita mula hidup sebagai remaja..... Di kelas kami, ni terdapat 30 orang ahli @ pelajar,,, 15 perempuan dan 15 lelaki,, dan di ketuai oleh guru kelas kami yang segak tampan  Cikgu Suderman hehehe,,  ketua kelas kami si cik adik manis Ras Anisha dan penolong ketua kelas kami cik adik comel Nuramalina...
Kelas kami adalah kelas sains sukan,,, budak-budak sains sukan lah ni kunu hehehehehe
Alhamdulillah,,, kerana Allah telah pertemukan kita semua,,, dan menjalinkan ikatan ukhwah di antara kita... mungkin dulu saya pernah menyakiti hati kawan-kawan sama ada disedari ataupun tak disedari mohon maafkanlah diri ini ya,,, (^_^)
Kelas kita memang hebat,,, zaman-zaman persekolahan sekolah menengah memang agak sukar untuk dilupakan,,,,
Sekarang kita semua masing-masing melanjutkan pelajaran untuk mengecapi cita-cita kita masing-masing,,, mudah-mudahan ada rezeki kita semua akan berjumpa lagi dan diri ini berharap agar rakan-rakan ku ini akan mendapat hidayah daripada ALLAH,,, dan sesungguhnya ALLAH tahu yang terbaik untuk kita dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "


Good luck to all my friends,,, I know you all now struggle in study but I hope you all not forget We has ALLAH to help and we  work to ALLAH in da'wa,,, don't forget because all man has make promise with ALLAH to do what a good part and get reward to jannah if ALLAH Willing and  try to avoid become a evil  person my dear friends... Remember ALLAH always in our side,, (^_^).


p/s sorry because I have broken english heheheheh but i want to try write in english too so I will learn from my mistake.... hehhehe =P