Sunday, 16 September 2012

TAMRIN (>_<)


Bismillahhirahmanhirahim,,...
Assalamualaikum Warahmataulahi Wabarakatuh....


Alhamdulillah,, ana baru sahaja mengikuti satu program yang ana rasa sangat bermanfaat belum pernah rasanya ana mengikuti program yang sangat terkesan dihati,,, sebelum ni ada juga ikut program yang bermanfaat Alhamdulillah ok juga namun pada kali ini yang ana rasa sangat-sangat membuka minda... erm,, ana ni kalo dalam bahasa Arab memanglah failed da heheheh tapi rasa macam mahu belajar pula bahasa Arab... em tak pa rasanya kalau guna ana untuk menggantikan saya kan,, nilah permulaan untuk belajar bahasa Arab.. (^_^)

Program yang ana ikut tu bertempat di Masjid At-Taqwa di Keningau,, hanya mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja,, sepatutnya 3 hari 2 malam namun terdapat maslah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana Allah pilih untuk mengikuti program walaupun bilangan yang mengikuti program ni tak ramai hanya terdapat 11 perserta sahaja 8 muslimat dan 3 muslimin. Penghulu kami ialah Nazari dan penghuluwati ialah kak Anisah hehehhe.

Pada mulanya, ana berfikir juga 2 kali sama ada mahu mengikuti program ini ataupun tidak sebab bisikan syaitan lakanataullah kali ni kan,,, Tapi yang peliknya setiap pergerakkan ana tetap ingin mengikuti program tu,,mungkin ALLAH pilih sudahkan... Jadi ana pun ikut jugalah program tu...

Rupanya tidak sia-sia ana ikut program tu,, pada pagi hari pertama tu kami telah dibagikan amanah iaitu menghafal 2 ayat Al-Quran beserta maksudnya sekali oleh kak Aisyah iaitu surah Muhamad ayat 7 dan Surah At-Taubah ayat 41.


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Allah akan membantu dan meneguhkan kedudukanmu.



Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui.


Alhamdullilah. ana dapat hafal jugalah 2 ayat ni , ayat yang kedua tu Surah At-Taubah alhamdulillah memang ana sudah hafal sebab sebelum tu pernah juga ana ikut kursus kepimpinan jadi ayat ni juga amanah yang diberikan kepada kami. 

Setelah tu,, bermulalah program kami dan Ustasz Rusli yang pertama memberikan kuliah kepda kami.. pada mulanya ana terkejut juga sebab macam kuliah pula program kali ni,, em tak pa lah,,ikut sahaja macam mana program ini dikendalikan.. Inilah juga pada pertama kalinya ana tidak rasa mengantuk untuk mendengar kuliah-kuliah agama yang mengambil masa lebih 1 jam malahan bersemangat pula,,  hebat benar ustaz Rusli ni memberikan kuliah. Kertas kerja ini bertajuk "Kesempurnaan Islam". Ayat yang ana suka dengar ialah bila Ustaz cakap yang Islam ni Comeyy = Islam ni comel... wah comelnya heheheh namun benar semuanya Islam ini memang comel sebab tidak ada agama yang selamat selain Agama Islam, kerana maksud Islam sahaja sudah bererti Selamat, aman, sejahtera, kedamaian. Islam juga tunduk patuh kepada Allah dan agama Islam ini juga SESUAI SEHINGGA HARI KIAMAT. (kata Ustaz Rusli pegang kuat-kuat dihati ayat ini). Walaupun mungkin ada insan lain yang   kurang menyenangi ayat ini namun kita pegang sahaja kata-kata ini.
Selain itu darurah (prinsip-prinsip) dalam Islam terdapt 5 iaitu:

  • Jaga Agama
  • Jaga Nyawa
  • Jaga Keturunan
  • Jaga Akal
  • Jaga Harta

Lagi pun sumber Islam ni berlandaskan Al-quran dan Sunnah. Ingat wasiat terakhir  Rasulullah SAW kepada umatnya iaitu Tidak aku tinggalkan kepadamu 2 perkara yang mana jika kmau berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat sehingga hari kiamat iaitu AL-QURAN dan SUNNAH

 (>_<)



No comments:

Post a Comment