Wednesday, 31 October 2012

HAMBA HINA PENUH DAN DOSA

ASSALAMUALAIKUM,
PEMBUKA BICARA
^_^

Aku hanyalah hamba,
penuh dengan dosa,
sering melakukan kesalahan,
betapa daif diri ini.......

Amanah yang diberi,
sering kali diabaikan,
hanya mampu memohon,
keampunan daripada YANG PENERIMA TAUBAT......

Kesalahan yang dilakukan,
bukan satu, bukan dua,
rasanya tidak terkira,
setiap hari menambah dosa,

Itulah aku,
hamba yang tidak terhingga dosanya,
sering terpedaya,
dengan tipu daya syaitan.

Tetapi yang pasti,
hamba ini tidak akan,
berputus asa dalam mencari,
keampunan dari ALLAH.

Walaupun hamba ini,
sejuta kali jatuh ke bawah,
berusaha bangkit,
mencari cahaya ILAHI.

Kerana jatuh bangunku,
hanya ALLAH yang mengetahui,
apa yang terdapat dalam hatiku,
hanya TUHANku yang mengetahui.

Walaupun sering melakukan dosa,
namun ALLAH masih sayang dengan hambanya,
masih terdapat secebis iman dihati,
untuk bertaubat kepada YANG ESA.

Kenapa sering menzalami diri sendiri,
kenapa harus menurut kehendak nafsu,
yang tidak pernah puas,
kembalilah kepada TUHAN.

Jangan pernah putus harap dengan ALLAH,
kerana walau sebanyak mana dosa,
ALLAH pasti akan mengampunkan,
yakinlah dengan janji ALLAH.

Apabila melakukan dosa,
istigfarlah,
taubatlah,
malulah pada YANG MAHA MELIHAT.

Azam ditekadkan,
Taqwa ditambahkan,
Ibadah dipertingkatkan,
Aqidah diperkukuhkan,
Akhlak diperelokkan,

HANYA UNTUKMU TUHANKU TUHAN SEKALIAN ALAM, TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN DIA IAITU ALLAH SWT. ^_^

No comments:

Post a Comment