Wednesday, 12 September 2012

MY FRIENDS TRAINING TEACHERS (^_^)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,,,

Apa khabar iman sidang pembaca sekalian heheheh (^_^)
mudah-mudahan akan tetapkan iman kita kepada ALLAH S.W.T insyaallah.


Alhamdulillah,,, inilah dia wajah-wajah bakal GURU PRASEKOLAH (SK) hehehe insyaALLAH mereka semua ini akan menjadi seorang guru yang cemerlang dan mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan walaupun ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam. Namun kami semua akan berusaha ke arah itu,,, insyaALLAH dengan pertolongan ALLAH... Ya ALLAH please help us to be a good teachers and always obey to Your rules at the same time try to show how to be a good Muslim.
Ahli-ahli kelas kami ini terdiri daripada 30 ahli iaitu  8 orang muslimin dan 22 muslimah insyaALLAH,, dan tutor kami yang segak tampan Encik Jamaluddin,, heheeh
Kami semua menjalinkan ikatan ukhwah di dalam satu kelas yang  banyak memberikan  kenangan kepada kami semua walaupun perkenalan kami baru setahun lebih dan kami akan bersama insyaALLAH selama 5 tahun dan ada 4 tahun lagi perjuangan kami untuk belajar dan akan menjadi guru Prasekolah hehehe... Kami semua berasal daripada keturunan yang berbeza, bangsa yang berbeza, asal yang berbeza dan agama yang berbeza namun itu semua tidak menjadi penghalang untuk kami bersahabat sedangkan dalam Islam pun tidak ada istilah pangkat, darjat.. Malahan yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa serta dalam islam juga kita hendaklah bersikap sejahtera terhadap orang bukan islam untuk menunjukkan bahawa agama Islam ini merupakan agama yang aman dan di sini juga kita dapat mengembangkan syiar Islam.... InsyaAALLAH. Saya berdoa yang terbaik untuk sahabat-sahabat ku sekalian untuk mendapat hidayah. dan yang memberikan hidayah hanyalah ALLAH,,, hidayah milik ALLAH dan Dia akan memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Namun kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.... (^_^)

Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.


Diharapkan ukhwah kita akan terus dan terus terjalin,,, I'm sorry My friends if I have hurt you all through speech, acts or others,,, sorry so much,,, I hope we all can past in exam and gets result flying colours and will be a goood teacher insyaALLAH,,,, AAmiin (^_^)

No comments:

Post a Comment