Monday, 11 November 2013

SEM INI~~~ sem 2 di PISMP

Assalamualaikum..

alhamdulillah....

antum semua khaifa haluka/ki???
hehhehe





Alhamdulillah di sem 2 ini banyak mengajar ana untuk menjadi seorang pemimpin.. di mana ana menjadi ketua dalam menguruskan program... sungguh bukan mudah menjadi pemimpin.. sungguh ana tidak pandai untuk menjadi pemimpin.. sungguh ana tidak pandai untuk mengarah orang.. sungguh ana rasa ana tak mampu.. sungguh ana rasa tekanan apabila menjadi ketua ini kerana takut program yang dijalankan itu tidak menjadi.. ana rasa macam tak layak sahaja untuk menerima jawatan itu... 



1. ana menjadi Masulah bagi syukbah Sukan dan Rekreasi di JKM

2. ana menjadi pengerusi dalam menguruskan penutupan IHYA RAMADHAN
3. ana menjadi Pengerusi untuk program lawatan kelas ke Hospital


Bila difikirkan balik sebenarnya ALLAH ingin menjadikan ana sebagai pendakwah yang baik.. ada hikmah mengapa ALLAH pilih kita menjadi ketua.. sungguh baru ana rasa kemanisan itu,, alhamdulillah



Ana tidak pernah pun terfikir untuk manjadi ketua ini.. tapi ALLAH dah pillih,, dan mungkin kerana ana sahaja yang mampu untuk mengguruskannya,, lagipun ini juga merupakan latihan kepada ana kerana apabia senior sudah di postingkan,, siapa lagi yang akan menggerakkan JKM kami di IPG tu.. mungkin ini lah sebabnya ALLAH pillih ana untuk menjadi ketua.. agar ana tahu sedikit ilmu dalam pengurusan..



Cerita tentang menjadi Masulah Sukan dan Rekreasi pun ada cabaran ... dan ana rasa ana yang paling muda dalam menjadi masulah muslimat syukbah kami di JKM... apabila buat kali pertama ana menguruskan program MUSLIMAT DAY'S OUT naik turun blok pentadbiran seminggu sebelum program itu  di jalankan,, penat terasa,, tekanan pun datang.. kadang-kadang ana rasa kalut juga uruskan program ini.. alhamdulillah yang bestnya program ini hanya dihadiri oleh muslimat sahaja... Tetapi menjadi cabaran juga kerana ana terasa sindiran daripada muslimin JKM padahal kami sudah inform juga dengan pengurusi JKM yang kami akan buat program ini.. sebenarnya bukan ana yang rancang program ini.. tetapi ustazah Saidah ana  hanya sebagai pelaksana dalam menjayakan program ini.. lagipun dana yang kami gunakan adalah daripada dana HELWI sendiri.. tidak menggunakan dana JKM.. jd program ini muslimat sahajalah... pedas juga telinga mendengar tapi tidak apa.. pengalaman sungguh mendewasakan.. alhamdulillah ^^.. program ini juga berjalan dgn lancar.. alhamdulillah ana telah ditolong oleh kakak-kakak senior dimana mereka telah menjadi kem kom terjun la katakan hihihhihi 



Sesudah itu,, ana telah dtugaskan lagi menjadi pengerusi bagi program penutupan IHYA RAMADHAN.. ini adalah antara program yang bagi ana agak besar untuk ana kendalikan di usia yang agak muda la sangat katakan.. sebab program ini melibatkan ramai orang.. mana ana terkejar-kejar sana sini.. alhamdulillah ALLAH tahu ana tidak mampu,,, Allah telah kirimkan seseorang hamba Allah untuk menolong ana... sangat rasa bersyukur.. Oleh kerana ini merupakan program pertama yang besar ana kendalikan jadi ana tidak ada pengalaman.. baru ana ni seorang yang kelam kabut sikit huhuhuhu hamba Allah ini lah yang banyak bantu ana,, dia bagi ana panduan untuk mengendalikan program ini... 



Seterusnya, ana jadi pengerusi lagi bagi aktiviti kelas kami.. iaitu lawatan ke hospital... seminggu sebelum tu.. memang naik turun blok pentadbiran.. alhamdulillah Allah kurnakan penolong pengerusi yang sangat membantu ana rsa sangat bersyukur... Allah permudahkan juga.. biasalah pasti akan ada masalah.. semasa kita menguruskan satu aktiviti.. semua ini adalah tarbiyah dari Allah.. alhamdulillah...



Kesimpulannya,,, Alhamdulillah Allah latih diri untuk menjadi ketua.. Allah tahu yanng terbaik.. untuk hambanya,, lagi pun setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ini... ana dapat ilmu iaitu tahu serba sedikit.. cara pengurusan.. jadi kami sebagai pelapis.. mesti ambil dan belajar ilmu-ilmu sebelum senior-senior pergi meninggalkan kami atas tuntutan kerja mereka.. bukti yang kita ini adalah khalifah dalam surah al-Baqarah    ayat 30





maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


waulawa'alam..

Sunday, 13 October 2013

Kampusku~~~ (siri 2)

Assalaualaikum.... 
alhamdulillah pada kali ini ana akan menyambung kehidupan ana di kampus selaku pelatih guru yang ....... hihihihi...



Cerita yang lalu bagaimana aku berkenalan dengan bugem kan.. ini kali pun cerita ku dengan bugem juga... Pada sem berikutnya aku telah mengikuti bugem (bulatan gembira) kak Seha dan kak Farah... Alhamdulillah dalam bugem ini pun aku berasa gembira juga.. walaupun kak farah jarang mengikuti perjumpaan bugem yang kami buat.. tapi kak seha sentiasa bersemangat untuk buat usrah bersama kami.. mungkin kak farah sibuk tu yang dia tak dapat mengikuti bugem kami tu.. selama aku mengenali kak seha ni.. rasa syok... sebab apa.. kakak naqibah ku.. pehh bukan main happy go lucky org nya.. lucu.. hihihi terasa muda apabila bersamanya.. tp klu dia serius erm.. bole tahan org nya,,

Dia ni la juga yang selalu bagi semangat agar tidak menjalinkan hubungan dengan muslimin.. dia selalu kata erm .aya.. rasa Allah redha kah kalau .aya.. buat macam tu.. hatiku tersentap benar dengan apa yang kak seha cakap ni.. aku pun bertekad untuk menguatkan hati dan cuba sedaya upaya menjaga hati untuk ALLAH.. aku pun ingin menumpukan perhatian ku terhadap pelajaran... setiap kali usrah aku rasa aku sentiasa ingin mengikuti usrah yang dijalankan oleh kak seha.. alhamdulillah ALLAH telah melahirkan rasa gembira untuk menghadiri usrah ini... kak seha ini juga yang banyak memberikan ilmu kepada kami adik-adik usrahnya ni.. hihihhi dan yang kalau ana ingta dulu time kami usrah lepas usrah mesti adalah makanan sikit... tu yang best juga... astagfirullaalazim(niat berusrah bkn utk mkan tp utk cari ilmu .aya..) alhamdulillah kalau ada usrah yang kak seha buat dulu time dengan kami mesti ana akan rasa mau hadir untuk mengikuti usrah kak seha :) dan apabila kak seha ditukar tidak menjadi kak naqibah kami lagi,,, sedihnya rasa hati.. jujur ana katakan yang ana menangis sebab kak seha pindah ke bugem yang lain huhuhuhu sedi-sedi T_T tapi mungkin ada hikmah disebaliknya... yang patah tumbuh, hilang berganti.. kak lily jadi kak naqibah ku yang seterusnya.. alhamdulillah...



Friday, 21 June 2013

KAMPUSKU ~~~

Bismillahirahmanhirahim...
Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bertaubat ^____^

Bermulanya kisah perjalanan ku untuk menyambung pelajaran di sebuah kampus yang terletak di pendalaman Sabah... Suatu ketika dahulu,, diri ini tidak pernah terfikir tentang ISLAM,, diri ini agak jahil tentang agama Islam,, diri ini tidak pernah menyumbang apa-apa untuk Islam,, diri ini terlalu leka dengan duniawi yang fatamorgana,, diri ini sering kali lupa pada Penciptannya,, diri ini lupa pada pengadilan yang akan datang,, diri ini terlalu selesa dengan kehidupan dunia,, diri ini tidak mengamalkan cara hidup Islam 100%,, diri ini tidak menutup aurat dengan sempurna,, diri ini terlalu jahil tentang ilmu agama.. Inilah kehidupanku sebelum aku memasuki kampus itu.

Namun semuanya berubah apabila bermulanya sem pertama bagiku dan rakan-rakan yang lain.. Bermulanya hidup sebagai pelajar kampus yang juga merupakan seorang pelatih guru di kampus itu.. mengikuti MPPB di situ aku mula kenal dengan seorang kakak senior yang juga merupakan seorang JPP biro kerohanian tidak silap pada waktu itu,, aku mengenalinya kerana dia yang bertugas untuk membawa kami ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah,, kemudian apabila sampai masa untuk kami di provoke,, semua pelatih guru berasa takut kerana akan diberhentikan pengajian (masa tu masih belum tahu apa-apa lagi lepasan SPM kan) tapi masih segar dalam ingatan apabila kakak itu menyatakan ayat ini "yakinlah dengan ALLAH,, banyakkan berdoa kepada ALLAH" 

walaupun pada waktu tu kak Sue belum mengenaliku tapi aku dapat rasakan yang dia seorang kakak yang baik dan aku ingin mengenalinya..

Seperti biasa aku menjalankan aktiviti harian yang dilakukan oleh seorang guru pelatih di kampus,, kenal dengan sabahat dan sahabiah baru.. kemudian aku terkejut lagi dengan USRAH,, timbul persoalan di minda apa tu Usrah,, kenapa mesti turut serta dalam Usrah tu,, malaslah nak join,, tetapi ALLAH sebaik-baik perancang,, aku join juga usrah kerana semua rakan-rakan lain join,, ikut dalam keterpaksaan.. wajib untuk kami mengikuti usrah ketika itu,, aku lihat kakak tadi yang aku jumpa di masjid yang bawa kami ke Masjid pada waktu MPPB,, kelihatan dialah ketua usrah (fikiranku pada waktu itu).. kakak tu penuh kelembutan dalam menyampaikan dakwahnya,, dia tidak kisah kami macam mana,, dia tidak kisah keadaan kami macam mana,, dia dekati kami dengan kelembutan (dalam fikiranku~~ aku sukalah,, kakak tu dia baik,, lemah lembut,, nampak keikhlasannya untuk menarik kami dalam Islam ini) tapi dia merupakan kakak naqibah kepada bugem lain,, bukan bugemku huhuhu... ini lagi satu BUGEM=BULATAN GEMBIRA= usrah.. bermulanya kisah aku mengikuti bugem,, aku mengenali kakak naqibahku.. kakak naqibahku ada dua,, 1 orangnya agak bersemnagat,,sentiasa cepat,, paling tidak lupa kalau berjalan dengannya pasti dia akan cakap 'JOM' (laju kalau berjalan) tapi nampak comel,, banyak memberikan ilmu,, seorang kakak yang baik dan aku suka padanya,, dia pernah berbual dengan ku tentang cinta,, di situ aku mula sedar cinta pada yang hakiki,, aku sangat admire dengan kakak ni,, dia ceritakan kisah cintanya dengan aku,, waktu tu aku duduk sendiri sambil membelek-belek tafsir dan menunggu waktu isyak,, dia datang mendekati dan mula bercerita.. aku kagum dengan dia,, di saat dia sedih dia melakukan tahajud mendekatkan diri dengan sang Pencipta,, dan itu yang memberi kekuatan padanya,, kemudian dia meminjamkan bukunya kepadaku iaitu "PEMILIK CINTAKU, SETELAH ALLAH DAN RASUL,,oleh Fatimah Syarha".. 


aku pun membaca buku itu,, timbul kesedaran sedikit dalam diri mengenai CINTA ini,, walaupun dia sudah tidak menjadi kakak naqibahku pada tahun berikutnya,, aku masih ingat lagi kata-katanya,, bagaimana dia mengajar aku tentang nilai-nilai Islam.. apabila dia tamat pengajian di kampus kami,, dia ada memberikan aku sebuah buku,, buku itu 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul',, aku terharu,, dia masih ingat lagi dengan aku,, salah seorang adik bugemnya memberikan buku itu padaku,, "nah, bukumu kak Yati bagi" aku tergamam dan gembira,, walaupun hanya sebuah buku tapi amat bermakna bagiku,, kak yati tak lupa aku dalam fikiranku,, dan yang aku tidak lupa apabila tanganku luka terkena pisau,, agak dalam lukanya di jari ku,, dia ternampak jariku luka kemudian dia mengajakku untuk pergi ke hospital selepas solat isyak,, aku berkata "tak pa ni kak sikit jak,, sekejap sembuhlah tu" tapi kakak ni seorang agak degil dia tetap bawa aku ke hospital,, sampai dia telefon,, "siap sudahkah kakak di bawah sudah ni,, jom kita ke hospital" aku tergamam lagi,, sampai begitu sekali kesanggupan mereka,, benarlah ukhwah fillah benar-benar manis... balik dari hospital,, sekali lagi aku terkejut kak yati dan kak ibah singgah di restoran dan membelikan aku makanan.. subahanaALLAH... dalam fikiranku,, (aku ni luka di jari,, bukannya demam sampai di belikan makanan yang berkuah-kuah) aku gembira sempat mengenali meraka... kakak naqibah ku yang satu lagi ni,, orang jauh,, orang semenanjung, Johor,, dia seorang tegas tapi sebenarnya dia lembut,, kakak ni baik sangat dan yang tak lupa tentang dia apabila  dia suka mencubitku,, comel sangat.. itulah kak shira.. tidak lupa juga masa ulang tahun kelahiranku dia memberikan aku tabung rumah,, comel,, mungkin dia suruh aku untuk menabung ni.... aku gembira dapat mengenali mereka....

to be continue~~~

Monday, 10 June 2013

Hijrah~~~

Assalamualaikum....
alhamdulillah....
antum semua khaifa haluka/ki???
hehhehe

kini ana mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ana... yang didulu pernah terfikir untuk memakainya... alhamdulillah kini tercapai juga hasrat itu.... pada mulanya pakai itu untuk tarbiyah diri.. alhamdulillah sudah mula memakainya... dan ana harap ana istiqomah dalam memakainya.. aamiin ya ALLAH,,, bukan mudah untuk memakainya di tempat kelahiran sendiri lagi terutamanya,,, ana biasa pakai di luar daerahlah,, di daerah kampus ana biasa sudah... ana sangat takut pakai di kampung halaman,, mahu mencari kekuatan lagi untuk memakainya,, tapi kata seorang sahabiah ana "pakai jak lah perasaan mu jak tu sebenarnya biasa juga,, kekuatan tu memang ada sudah dalam dirimu,, buat biasa jak" ana pun pakai jak la,,,hihihihi ana kalau ikut program pasti ana akan pakai tidak kiralah daerah manapun,, tapi apabila ana jalan dengan family ana tidak pakai,,huhuhu kenapa ana tidak pakai sebab tidak disuruh pakai oleh parents... ikut jak la,, ambil hati hehhe... 
alhamdulillah ana biasa sudah pakai tu,, kalau ana tidak pakai ana rasa lain,, subahanaALLAH,, tapi yang penting sentiasa perbaruhi niat,, sebab takut tersasar niatkan,, tapi ana sebenarnya mahu sentiasa pakai tu tidak kiralah jalan dengan sesiapapun, walau di manapun,,  harap family  dapat benarkanlah... oh niqab~~~


Monday, 6 May 2013

OH!!!! TIDAK AKU JATUH CINTA

Assalamualaikum dan salam ukhwah....

ahhhhhhhhhh... ana jatuh cinta.....
jatuh cinta pada siapa???
jatuh cinta dengan orang mana???
handsomekah orang tu???
masih belajar ataupun dah kerja????
tinggi tak orangnya????

jeng,,,jeng,,,jeng.....

ana jatuh cinta dengan tarbiyah,,, usrah,, perjuangan dakwah...

handsome tak?? lawa tak?? alhamdulillah Allah masih pilih untuk jatuh dengan tiga benda ni hihihihi
setiap perjalanan di muka bumi ini adalah musafir...
biarlah cinta ini akan terus mekar dalam diri ana.. insyaALLAH ^____^

Tuesday, 19 March 2013

Risau~~~

Assalamualaikum...

hati risau tak menentu sekarang ni.... hati rasa takut kecewa lagi dengan keputusan yang tidak memberangsangkan... RISAU menyelubungi diri apabila lecturer masuk kelas dan komen tentang assigment.. terdapat assigment yang lemah kosa katanya, salah sini sana kata lecturer... RISAU dalam diri tertanya-tanya adakah aku yang dimaksudkan itu..... ermmm... macam mana ni... takut pointer tak mencapai target lagi... macam-macam fikiran datang.... risau... risau... risau.. ....

Tapi bila fikirkan balik... kenapalah mahu risau sangat... ada ALLAH sentiasa di sisi kita... biarlah ALLAH yang uruskan urusanku..  aku mesti fokus dalam gerak kerja ISLAM ini... janganlah terus-menerus tenggelam dalam diri sendiri.. hanyut melayan perasaan..

ALLAH tahu yang terbaik untuk kita.. jangan risau... kembalilah kepada ALLAH... ceritakan semuanya pada ALLAH.. berdoalah pada ALLAH... yakin dengan janji ALLAH... ^_______^

Thursday, 31 January 2013

~~~ Di mana kedudukan kita sekarang~~~

Assalamualaikum....
Pembuka bicara.....
Apa khabar iman???
Apa khabar Hati???
Apa khabar kesihatan???
Harap semuanya baik-baik sahaja... insyaALLAH ^_^
Salam jumaat juga... Penghulu segala hari.....


Bersihkan hati untuk ALLAH,,, agar mudah kita melakukan kebaikan.... walaupun kadang-kala kita terleka maka cepat-cepatlah kembali kepada ALLAH... syukur Alhamdulillah kerana Allah masih mahu mengampunkan kita. Oleh sebab itu Dia detikkan hati untuk kembali kepadanya....



Di mana kita berada sekarang ?????
Di sekolah???
Di Institut Pengajian Tinggi???
Di alam pekerjaan???
Kerjaya sebagai apa???
Atau hanya di rumah???
Apa pangkat kita???
Apa tanggungjawab yang harus kita pikul?????
Walaupun di mana sahaja keberadaan kita sekarang ini,,, bersyukurlah kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita kan.... Di mana ALLAH letakkan kita,,, sebenarnya di situlah potensi kita yang sebenar dan yang terbaik..
Kenapa ALLAH beri kita faham tentang Islam????
Walaupun sebelum ini kita tidak faham tentang Islam.....
Kita bukanlah dari golongan orang yang alim tentang Islam....
Kita bukanlah dari aliran sekolah agama....
Kita bukanlah dari keluarga yang tahu tentang Islam....
Dan kita tak pernah terfikirpun akan membawa agama dalam diri kita......
Semuanya adalah kerana ALLAH mahu beri kebaikan kepada kita dan menjadi tenteranya yang menyebarkan syiar Islam ini...
Oleh itu,, apabila kita sudah faham tentang Islam marilah kita berusaha untuk Islam... bercita-cita untuk mati di jalan ALLAH... jalankan tanggungjawab kita untuk berdakwah... serta beruasaha menjadi hamba-Nya yang soleh.... InsyaALLAH... ^_^


Azam ditekadkan,
Taqwa ditambahkan,
Iman dinaikkan,
Ibadah dipertingkatkan,
Aqidah diperkukuhkan,
Akhlak diperelokkan...
Marilah kita berusaha menjadi hamba yang terbaik di antara yang terbaik.. ^_^





Friday, 11 January 2013

LANGIT ^^

Assalamualaikum,,,,

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup secara automatik diberi peluang untuk bertaubat kepada ALLAH.... Lihat tu baik tak ALLAH,,,Dia sentiasa sayang dan kasih kepada setiap hambanya... SUBAHANALLAH....  Nak cite ni setiap kali saya keluar untuk beriadah (joging hehehe) dan saya berlari mata saya terpandang langit pasti dalam hati saya berkata-kata bahawa indahnya ciptaan ALLAH SUBAHANALLAH betapa kerdil kita jika ingin dibandingkan dengan kekuasaan-NYA,, bagaimana ALLAH menciptakan langit tanpa ada retak walaupun sikit MASYALLAH. dan setiap sesuatu yang indah itu pasti akan sentiasa berubah (yg dimaksudkan disini awan tu hehehehe)....

marilah kita sama-sama renungkan betapa besarnya kekuasaan ALLAH... ^_^