KONSEP BAHASA
Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya).
Manakala menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakkan Kesepuluh (1999 : 77) mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang arbitrari , yang pergunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.
Hal ini bermakna bahawa bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapakan oleh alat-alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Malahan, jikalau bunyi yang dihasilkan itu ialah bunyi yang tidak berstruktur atau bunyi yang tidak mempunyai makna bagi manusia lain bererti bunyi itu bukanlah bahasa.
Menurut Abdullah Hassan (1984: 14) yang berpendapat “ Dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui cirri-ciri bahasa tersebut. Cirri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan”.
Raminah Hj. Sabran and Rahim Syam (1985: 40) mempunyai pandangan yang berbeza dengan pendapat Abdullah Hassan iaitu “Banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Setengah-setengah oarng mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.”
Arbak (1983: 7) pula telah memberi pendapat tentang mengapa ahli-ahli bahasa telah terlebih dahulu berusaha memberikan pengertian kepada apa yang dikatakan bahasa itu . Tegasnya, hal ini penting kerana bahasa itu sendirri merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihatkan fungsinya sebagai alat yang dipakai oleh manusia untuk berhubung sesama manusia.
Sekali lagi Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:40) telah mmeberikan pendapat yang berbeza daripada Arbak. Ia telah menegaskan bahawa ahli psikologi pula mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan , pendapat, fikiran dan sebagainya. Bagi ahli Lingustik pula, bahasa haruslah ditinjau dari sudut dan fungsinya.
Menurut pandangan ahli bahasa lain Edawrd Sapir yang memberikan perhatian akan maksud ‘bahasa’ dalam bukunya An Introduction to the Study of Speech. Menjelaskan bahawa bahasa ialah ‘suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran’. Pendapat ini boleh diterima oleh (Arbak Othman, 1983: 7) tetapi penenkanan yang diberikannya yang berpusat kepada fungsi dan perasaan itu ialah suatu tinjauan yang dibuat dari sudut pemikiran yang berunsurkan psikologi pada keseluruhannya.
Dalam lingustik huraian, satu pengertian yang sederhana yang terkandung dala bahasa sebagai alat perhubungan manusia yang konkrit ialah satu-satunya yang telah diberikan oleh B.Bloch dan G.L Trager di dalam bukunmereka yang bertajuk Outline to Linguistic Analysis iaitu ‘a iaitu language is a arbitrary vocal symbols by means of which a social group cooperates’ yang diterjemahdalam bahasa Melayu ‘suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota-anggota sesebuah masyarakat untuk berhubung (Arbak Othman, 1983: 7)
Raja Muktaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai ‘ suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang diguankan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985; 42) telah mentakrifkan bahasa suatu sistem lambang yang terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada alat-alat seperti lidah, anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan sebagainya. Dari segi makna, bahasa dipersetujui oleh sekumpulan penutur dan digunakan sebagai alat komunikasi
Seterusnya, Lufti Abas (1975 :4), telah mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam lingustik. ‘menurut definisi linggustik bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia, dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.”
Menurt Asmah Hj. Omar (1983 ; 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makan yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta konsep.
Manakala Mangantar Simanjuntak (1982: 5) mendefinisikan ‘Bahasa ialah satu sisitem kognitif yang unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayt yang tidak terbatasberdasarkan unsure-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebgai alat berkomunikasi dan mengakumulasi ilmu pengetahuan.”
Ferdinand de saussure (1974/1993) pula berpendapat bahasa ialah sistem isyarat
yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan imej bunyi dan kedua-dua itu dalam ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi.
Charles F. Hockett seorang sarjana lingustik Amerika abad ke 20, yang juga merupakan pengikut Bloomfield telah mendefinisikan bahasa dari sudut psikiologi behaviourisme, iaitu sebagai satu sistem tabiat yang sangat rumit.
Pada pendapat saya, bahasa ini belum mempunyai konsep yang jelas dan masih dalam pengkajian ahli-ahli bahasa untuk menemui konsep dan makna sebenar bahasa. Hal ini kerana terdapat percangahan antara ahli bahasa mengenai konsep bahasa yang sebenarnya. Dapat disimpulkan bahawa konsep makna yang sebenar masih belum jelas keterangannya dan masih dalam pengkajian.
KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI.
Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini.
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).
Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”.
Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.
Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.
ASAL USUL BAHASA MELAYU.
KONSEP MELAYU.
Pada tahun 100-150 masihi, istilah maleu-kolon telah digunakan dalam hasil karya M. Ptolemy yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini istilah ini diambil daripada bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu menunjukkan kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.
Perkataan Melayu juga didapati dalam sebuah kitab Hindu Purba iaitu kitab Purana. Terdapat perkataan Malaya dvipa. Menurut para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera, yang merupakan asal basaha Melayu.
Penggunaan perkataan Melayu juga ditemukan dalam tulisan China yang ditulis pada zaman Dinasti Tang. Tulisan itu telah menyatakan bahawa orang Melayu iaitu Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk memperlihatkan dapatan hasil-hasil bumi kepada negara China. Kerajaan Mo-lo-yeu yang dimaksudkan adalah di Jambi, di Sumatera.
SALASILAH BAHASA MELAYU
Dipercayai bahasa Melayu berasal daripada Austronesia. Bahasa Austronesia juga termasuk filum Austris. Filum Austris ini merupakan salah satu bahasa induk di dunia. Filum Austris ini terdiri daripada tiga rumpun iaitu bahasa Austroasia yang terdiri daripada bahasa Khasi (di Annam), Nicobar, Mon atau Peguan, Khmer, dan Munda. Bahasa Cina-Tibet yang terdiri daripada bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam, dan lain-lain. Manakala bahasa Austronesia yang terdiri daripada bahasa di Nusantara, Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia. Terdapat pengkaji yang membahagikan rumpun Austronesia dua iaitu Austronessia Barat dan Austronesia Timur.
Austronesia Barat melahirkan rumpun bahasa Nusantara atau bahasa Indonesia dan rumpun bahasa ini dibahagikan lagi kepada dua iaitu bahasa Indonesia Pusat dan Filipina-Formosa. Bahasa Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa bumiputera di Sarawak, bahasa-bahasa di Kalimantan, dan bahasa-bahasa Kepulauan Indonesia. Bahasa Filipina-Formosa pula terdiri daripada bahasa-bahasa di Filipina, bahasa bumiputera Sabah dan bahasa di Brunei.
Austronesia Timur melahirkan bahasa Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Bahasa Melanesia terdiri daripada bahasa kepulauan Fiji, New Caldeonia, Irian, New Guinea, dan Halmahera. Bahasa Mikronesia pula meliputi bahasa Marianna, Marshall, Carolina, dan Gilbert. Manakala Polinesia pula terdiri daripada bahasa Hawaii, Tonga, Maori, dan Kepulauan Easter.
Bahasa Melayu termasuk daripada Austronesia Barat iaitu bahasa Indonesia Pusat dalam rumpun bahasa Nusantara. Bahasa Nusantara mempunyai bilangan bahasa yang paling banyak iaitu anatara 200-300 bahasa. Terdapat dua dua hipotesis tentang tempat asal bangsa Melayu iaitu kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.
Teori datang dari kawasan Asia Tengah, dikatakan orang Melayu berpindah dari utara ke selatan. Mereka berasal dari kawasan selatan China iaitu daerah Yunan, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China. Perpindahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara sekitar tahun 2500 SM. Peradaban orang Melayu ini lebih kehadapan berbanding orang Negrito iaitu penduduk asal di Nusantara. Orang Melayu Proto dipercayai hidup berpindah-randah dan mereka juga mempunyai kemahiran mencipta alat bercucuk tanam, barangan pecah-belah dan alat perhiasan. Pada zaman ini dikenali seebagai zaman Neolitik atau zaman batu baru dan mereka mencipta alat-alat daripada batu.
Hipotesis penghijrahan kumpilan Melayu Proto ini mula-mula diperkenalkan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan diperkukuhkan lagi oleh R.H Geldren 1932. melalui kajian yang telah dijalankan terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang, Geldren mendapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdaapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawadi, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang-Ho itu turut ditemui di kawasan Nusantara. Oleh itu Geldren telah membuat kesimpulan bahawa beliung-beliung batu yang dijumpai itu telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Perhijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula berlaku sekitar tahun 1500 SM. Rumpun ini dipercayai dating dari daerah Yunan, di selatan China serta mereka dipercayai memiliki tamadun yang lebih maju daripada Melayu Proto. Zaman mereka dikenali sebagai Zaman Logam dan mereka mencipta alat-alat untuk memburu dan alat pertanian daripada besi. Selain itu, terdapat masyarakat Melayu Deutro yang pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran.mereka hidup di tepi pantai dan kemudian tersebar ke hamper keseluruhan Kepulauan Melayu. Kedatangan Melayu Deutro ini telah menyebabkan Melayu proto berpindah ke kawasan pendalaman. Kumpulan Melayu Deutro pula menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai nelayan terdapat sebahagian daripada mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan lembah.
Selain daripada Geldren, terdapat beberapa orang ahli budaya yang berpendapat bahawa orang Melayu berasal daripada Asia Tengah iaitu J.R Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku kaum di Asia. Ahli-ahli budaya lain G.K Nieman dan R.M Clark juga membuat kajian tentang adat resam. Hipotesis ini telah disokong oleh Asmah Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia.
Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perhijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui jalan yang sama. Iaitu dari Lautan HHindi dan Laut China Selatan. Manakala Slametmuljana mengkaji berdasarkan perbandingan bahasa.
Teori dari kawasan Nusantara. Kajian C.A Mees mendapati bahawa bahasa-bahasa Austronesia ini mempunyai persamaan yang banyak dari segi perkataan, sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa. Contohnya kata-kata seperti mata, lima dan telinga sering timbul dalam bahasa tresebut.
Isidore Dyen berpendapat bahawa orang Melayu mungkin berasal daripada Formosa, New Guinea. Manakala Gorys Keraf dalam bukunya Lingustik Bandingan Historis pula menyatakan bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu. Selain itu, John Crawfurd telah mengkaji perbandingan bahasa, menurutnyauntuk mencapai taraf kebudayaan yang menonjol kedua-dua budaya itu telah mengalami perkembangan. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa tempat asal Orang Melayu adalah dari Sumatera.
TIGA PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
MELAYU KUNO
Bahasa Melayu kuno mula berkembang di Nusantara antara abad ke tujuh hingga abad ke tiga belas. Bahasa Melayu Kuno wujud selepas bahasa Melayu purba mula menggunakan aksara dan perkembangan sistem tulisannya. Menurut Ismail Hussein pengaruh bahasa Sankrit telah mengevolusikan bahasa Melayu daripada bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuaan kepada bahasa sarjana yang mampu meenyampaikan idea-idea yang bernas. Tulisan dalam bahasa Melayu kuno adalah tulisan Palava, Nagiri, dan Kawi. Ia merupakan pengaruh daripada budaya Hindu.
Penemuan beberapa buah Batu Bersurat pada zaman Srivijaya serta catatan-catatan daripada para pengembara dan rahib Buddha seperti I-Tsing dan Wu-hing membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno telah digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Srivijaya dan bahasa Melayu kuno juga digunakan sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi secara umum dan dalam perdagangan.
Bagi bahasa Melayu kuno terdapat bukti bertulisnya iaitu pada batu bersurat. Batu bersurat yang bertarikh sekitar abad ke tujuh ialah Batu Bersurat Kedudukan Bukit yang dijumpai di kaki Bukit Siguntang yang terletak di barat daya Palembang pada 29 November 1920. Batu bersurat ini bertarikh 605 Tahun Saka dan merupakan batu tertua. Batu bersurat ini juga menggunakan tulisan Palava dan mengandungi 10 baris ayat.
Batu bersurat Talang Tuwo telah dijumpai oleh Residen Jambi yang bernama L. C. Wettenenk pada 17 November 1920 di Talang Tuwo bahagian barat daya Bukit Siguntang kira-kira lapan kilometer daripada Palembang batu bersurat ini bertarikh 606 tahun saka bersamaan dengan tahun 684 Masihi. Dijumpai setahun kemudian daripada Batu Kedudukan Bukit. Batu bersurat ini menggunakan huruf Palava dan mempunyai 14 baris ayat.
Batu Bersurat Kota Kapur ditemui oleh J.K Van Der Meulen di Kota Kapur , sebuah pecan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Batu bersurat ini agak berbeza daripada dua batu bersurat sebelum ini kerana ia dijumpai jauh dari Palembang. Tulisan yang digunakan juga adalah menggunakan tulisan Palava. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana jenis batu tersebut tidak terdapat di Pulau Bangka. Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun saka (686 masihi) dan mengandungi 10 baris ayat.
Batu Bersurat Karang Brahi mempunyai isi kandungan yang lebih kurang sama dengan Batu Bersurat Kota Kapur yang berbeza hanyalah Batu Bersurat Kota Kapur ini mengandungi teks tambahan. Batu bersurat ini juga menggunakan sistem tulisan Palava. Batu bersurat ini dijumpai di Meringin, daerah hulu Jambi oleh seorang inspektor benama L. Berkhout pada tahun 1904. Iaitu pada 614 tahun saka (692 masihi) dan mempunyai 16 baris ayat.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
Sistem tulisan dan ejaan.
Keempat-empat batu bersurat yang ditemui pada abad ke tujuh itu menggunakan sistem tulisan Palava. Tulisan Palava itu merupakan jenis Palava Kemudian yang diguna pakai di kepulauan Melayu pada abad ke tujuh sehingga separuh separuh abad kelapan masihi. Skrip Palava ini pada asalnya skrip kepada Grantha yang digunakan oleh golongan Brahman Dravidian untuk menulis kitab-kitab dalam bahasa Sanskrit. Skrip Palava Awal menggunakan aksara besar-besar , manakala tulisan Palava Kemudian menggunakan aksara yang sama tinggi, seolah-olah tertulis di antara dua garis lurus.
Bahasa Melayu kuno juga menggunakan tulisan Kawi. Menurut Jensen, nama Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit kavi yang mempunyai makna pensyair . tulisan Kawi berbentuk Kursif pada peringkat awal ditulis pada daun lontar. Kemudian telah diubahsuai dan diukir pada batu. Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat Joreng (bertarikh 1179) terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.
Kosa kata dalam bahasa Melayu kuno.
Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu malah melaluinya bahasa Melayu mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana(bahasa ilmu). Bahasa Melayu Kuno mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana adanya pengaruh agama Hindu-Buddha, merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi, dan kekurangan kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep-konsep baru.
Beberapa ciri-ciri yang jelas dalam Bahasa Melayu dapat di kesan berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata. Dapat diselidiki daripada sudut fonologi, morfologi dan makna. Dari segi fonologi,terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem yang ada dalam bahasa Melayu moden.
BAHASA MELAYU KLASIK DAN PRA KLASIK
Bahasa Melayu klasik terbahagi kepada dua iaitu pra-klasik dan klasik.
Zaman melayu pra klasik ini bermula pada abad ke 11 dan berterusan hingga abad ke 14. Pada zaman pra klasik ini pengaruh Islam atau Arab terhadap bahasa Melayu amat ketara. Ia juga merupakan campuran daripada kebudayaan India dan Arab menghasilkan bahasa Melayu yang bercampur aduk. Aksara yang digunakan masih menggunakan skrip Kawi tetapi bentuknya sudah mempunyai campuran cirri-ciri kearaban iaitu kursif dan bundar.
Daripada zaman transisi ini, bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi. Bahasa Melayu yang ditulis dalam aksara jawi ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik. Zaman bahasa Melayu klasik ini bermula pada abad ke 14. Bahan bukti pertama ditemui pada Batu Bersurat Kuala Berang, Terangganu. Menurut Syed Mohammad Naquib al-Attas tarikh yang tercatat pada bersurat itu ialah Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303.
Bahasa melayu klasik ini digunakan pada abad ke 14 sehingga 19 , iaitu bermula pada Batu Bersurat Kuala Berang Terangganu sehingga zaman karya Abdullah Munsyi. Bahasa Melayu klasik ini mencapai zaman kegemilangan pada zaman kerajaan Melaka, Acheh, dan Johor- Riau. Bahasa Melayu berkembang pesat di Melaka kerana pengaruh politik dan bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa penyebaran agama islam yang tinggi kebudayaannya serta perkembangan tulisan jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab.
Pada zaman Melayu Klasik ini juga mengekalkan peranannya sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di kepulauan Melayu. Hal ini telah dibuktikan oleh Daftar Kata Melayu-Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Penyusunan itu dilakukan untuk memudahkan hubungan perdagangan antara orang Barat dengan penduduk tempatan. Kata-kata yang didaftarkan dalam daftar kata itu berdasarkan pada bahasa Melayu yang diujarkan oleh penduduk Pulau Tidore. Pulau terletak jauh daripada asal usul bahasa Mealyu dan ini menunjukkan bahawa penyebaran yang agak luas.
Bukti lain yang menunjukkan pengaruh bahasa Melayu Klasik pada abad ke 16 terdapat pada cacatan Jan Huyghen Van Linschoten merupkan orang Belanda dan pernah menetap di Indonesia sekitar tahun 1586 hingga 1592. Beliau berpendapat bahawa pada masa itu bahasa Melayu harum namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang dihormati antara bahasa negeri Timur.
Bahasa Mealyu klasik juga digunakan dalam sistem pentadbiran atau bahasa rasmi. Sebagai bukti, bahasa Mealyu klasik telah digunakan dalam uruas surat-menyurat antara raja kepulauan Melayu, pedagang asing dna raja-raja negara asing. Perkembangan bahasa Melayu klasik juga dapat dilihat di Acheh iaitu keintelektualan Melayu. Di Acheh bahasa Mealyu diguunakan dalam sistem penulisan sastera, syair, tasawuf dan lain-lain. Bahasa melayu juga berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
Sistem tulisan dan ejaan.
Sistem tulisan bahasa Melayu klasik masih memperlihatkan pengaruh daripada kebudayaan India, contonya Batu Bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 masihi) yang masih menggunakan huruf India.
Apabila kebudayaan Islam mula bertapak di kepulauan Melayu , tulisan tersebut mula berubah sedikit demi sedikit pada tulisan batu bersurat yang telah dijumpai. Pada mulanya, bahasa yang digunakan pada batu bersurat tersebut adalah menggunakan bahasa arab dan menggunakan Tulisan Arab berbentuk kufi, contohnya, batu nisan Sultan Malik al-Salleh yang bertarikh 1297 masihi yang ditulis dalam bahasa Arab dengan kaligrafi niski yang popular di India sekitar pertengahan abad ke 13.
Bukti pertama yang ditemui dalam penggunaan bahasa Arab ini adalah pada Batu Bersurat di Terangganu. Tulisan yang digunakan untuk mengeja teks berbahasa Melayu dikenali sebagai tulisan jawi. Tulisan jawi ini menggunakan tulisan abjad arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri, tulisan ini ditulis dari kiri ke kanan dan tidak mempunyai huruf kecil atau besar. Dalam Daftar Ejaan Melayu oleh Za’ba , jumlah huruf yang terdapat adlah 33 huruf , dalam Pedoman Ejaan Jwi yang disempurnakan (1986) jumlah huruf 35. Manakala Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) mempunyai bilangan 37.
Kosa kata.
Koas kata bahasa Melayu telah diperkaya dengan istilah-istilah yang dipinjam daripada bahasa Arab. Sebagai contoh, kata syurga berubah daripada konsep syurga dari Hindu kepada konsep yang didukung oleh Islam iaitu Al-Jannah. Demikian juga dengan konsep kata-kata seperti dosa, pahala, dan puasa diubahsuai mengikut konsep islam yang terdapat dalam Al-Quran.
Tatabahasa
Bahasa Melayu klasik menggunakan bahasa-bahasa istana seperti santap, beradu, gering dan lain-lain. Begitu juga dalam kosa kata klasik contonya, masyghul, berahi,ceritera dan lain-lain. Penggunaan kata pangkal ayat dalam bahasa Melayu klasik pula dapt dilihat melalui penggunaan kata-kata Alkisah, hatta, maka, arakian,dan lain-lain.
Perkembangan aksara jawi.
Berkait rapat dengan kedatangan islam ke kepulauan Melayu. Aksara jawi merupakan tulisan Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu . dari segi etimologi, terdapat pendapat yang menerangkan asal usul istilah jawi iaitu berasal daripada perkataan Jawa. Namun pendapat itu kurang dipersetujui oleh pengkaji-pengkaji lain. Omar Awang menegaskan bahawa perkataan jaei berasal daripada perkataan arab iiatu Al-Jawah dalam catatan Arab bermaksud Pulau Jawa. Menurut Raffles pula, perkataan jawi kacukan daripada ungkapan “anak jawi” iaitu campuran daripada Arab, Parsi, dan Melayu.
Bahan bukti penggunaan bahasa Melayu Klasik
Batu Bersurat Terangganu.
Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Terasat, dekat Kuala Berang, Terangganu kira-kira pada tahun 1899. Syed Naquib Al-Atas menetapkan bahawa tarikh batu bersurat itu 4 Rejab 702 Hijrah. (22 februari 1303 masihi). Melalui tarikh ini dapat dikatakan bahawa orang Melayu di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia sudah memeluk agama islam terlebih dahulu. Tulisan pada batu ini juga menggunkan tulisan jawi. Kosa kata percampuran kata asli bahasa Mealyu dengan kata pinjaman bahasa Sanskrit, Jawa, dan Arab.
Surat awal dalam bahasa Melayu Klasik.
Raja Melayu telah mengirim surat kepada raja-raja Melayu lain, pedagang Eropah dan raja negara asing. Surat-surat awal ini ditulis dengan tulisan jawi. Surat yang ditulis oleh Sultan Ternate kepada Raja Portogal ( 1521 masihi dan 1522 masihi) terdapat dua pucuk surat yang telah ditulis. Terdapat juga surat yang bukan ditulis oleh raja-raja Melayu iaitu surat perjanjian jual beli yang bertarikh 1600 masihi.
Karya-karya sastera dalam Bahasa Melayu Klasik.
Bahsa Melayu Klasik berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511). Antara karya sastera yang penting dan berkaitan adalah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah dan lain-lain.
BAHASA MELAYU MODEN
Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke 19. Permulaan zaman bahasa Melayu modn ditandai oleh hasil karangan Abdullah Munsyi. Ada pengkaji berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan. Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Tahap perkembangan bahasa Melayu moden
Tahap perkembangan bahasa Melayu moden dibahagikan kepada dua iaitu zaman bahasa Melayu pramerdeka dan zaman bahasa Melayu pascamerdeka.
Bahasa Melayu Moden Pramerdeka.
Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan , pentadbiran, kesusteraan dan bahasa penghantar di pusat pendidikan Islam. Pada awal pemerintahan British kedudukan bahasa Melayu masih tidak tergugat namun selepas perang kedua kedudukan bahasa Melayu mula terancam kerana British telah mengubah dasar Pendiidkan dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
Terdapat beberapa tokoh penting dalam bahasa Melayu moden pramerdeka ada empat iaitu Mohd. Said bin Haji Sulaiman, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji dan Zainal Abidin Ahmad (1895-1973). Bagi Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854). Beliau telah memperlihatkan pembaharuan daripada segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu moden dan juga menghasilkan karya berdasarkan penngamatan dan pengalaman yang dilalui, contohnya, beliau mengkritik golongan raja dan pembesar yang menindas rakyat. Antara karya beliau Syair Singgapura Terbakar.
Selain itu, Raja Ali Haji (1809-1870) telah mencipta karya bahasa yang penting iaitu Bustanul Ktibin Lissubyanil-muta’alimi (Kitab perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar akan Dia) dalam buku ini beliau telah menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu. Karya beliau yang diianggap penting juga ialah kitab Pengetahuan Bahasa. Kitab ini tergolong dalam kategori kamus walaupun dalam erti sebenarnya buakn kamus. Kitab ini terbahagi kepada dua iaitu tatabahasa dan kamus. Raja Ali juga dianggap tokoh bahasa yang penting kerana karya beliau meletakkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu. Sumbangan beliau lebih tertumpu kepada puisi dan syair antara syair yang dihasilkan oleh beliau ialah syair Gurindam Dua Belas .
Terdapat beberapa pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan dalam bahasa Melayu Moden Pramerdeka antaranya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB atau Pakatan ) kumpulan ini ditubuhkan untuk mengadakan majlis ceramah dan perbincangan tentang aspek ilmu bahasa Melayu seperti ejaan dan perkataan. Kegiatan utamanya menerbitkan buku, membentuk istilah dan memberi ceramah.
Selain itu pertubuhan lain adalah Pejabat Karang Mengarang tujuan pertubuhan ini untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan di sekolah-sekolah Melayu. Oleh itu, kegiatannya meliputi penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan bahan-bahan bacaan . Buku-buku teks yang diterbitkan mencakupi bidang ilmu penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, ilmu hisab, ilmu alam, dan kesihatan.
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan menggalakkan penulisan dan pembacaaan. Ia juga menggubal perkataan Melayu Baru daripada perkataan Inggeris.
Angkatan Sasterawan 50 pula, bertujuan untuk mengembangkan bahasa dan kesusteraan Melayu disamping menjaga kebajikan. Ia juga berperanan memperkembangkan ejaan dan peristilahan.
Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka
Perancangan di Malaysia untuk memupuk bahasa Melayu ke arah taraf yang lebih maju, adalah dengan mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adlah untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran. Antara matlamat Dewan Bahasa adalah memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan,terutama bahasa kebangsaan, menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan.
Perancangan bahasa Melayu merujuk kepada usaha untuk memupuk, membaiki, dan mengembangkan sesuatu bahasa kearah bahasa yang moden. Usaha ini termasuk denagn membuat keputusan dasar tentang bahasa, menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa, meninjau semula hasil dan kesan aktiviti perancangan bahasa dan mengumpulkan data serta menyusun strategi untuk memajukan bahasa.
Dalam perancangan bahasa Melayu terdapat aktiviti yang dijalankan iaitu perancangan taraf bahasa yang bertujuan meluaskan dan meningkatkan taraf penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat. Melibatkan usaha pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Selain itu, perancangan korpus bahasa juga terdiri daripada aktivivti perancangan bahasa Melayu. Perancangan korpus ini adalah satu perancangan bahan bahasa dan melibatkan kerja-kerja pembinaan bahasa. Iaitu melibatkan usaha menetapkan kosa kata, ejaan, istilah, tatabahasa dan sebutan.
Perancangan bahasa Melayu jugga dipecahkan kepada peerancangan strategi. Dalam perancangan strategi ini terbahagi kepada tiga antaranya, memberikan nilai kepada bahasa Melayu iaitu nilai sentimen, nilai pentadbiran, dan nilai sosial. Menubuhkan jentera-jentera seperti Dewan Bahasa dan Pustaka,penerbit akhbar dan majalah, MABBIM dan sebagaianya dengan matlamat untuk melaksanakan dasar-dasar bahasa. Ia juga mendorong rakyat menggunakan bahasa Melayu melalui kempen “Cintai Bahasa Kita” dan pembelajaran bahasa Melayu seperti Anugerah Sastera Negara.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM
Tiap-tiap bahasa mempunyai sususnan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan dan lain-lain. Dalam bahasa terdapat beberapa unit tertentu yang digabungkan untuk mmebentuk ayat yang sempurna dan mengikut tertib. Pencantuman menurut cara dan peraturan inilah dinamakan ‘bersistem’.
Bahasa sebagai satu sistem ialah aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti dan mempunyai susunan. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna untuk menuturkannya. Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata, frasa, kalusa, dan ayat. Tiap-tiap bahasa ini terhasil daripada pencantuman unit-unit tersebut. Bahasa mmapunyai sistem ini menghasilkan urutan bunyi dan mempunyai hukum-hukum yang membentuk perkataan , rangkai kata, dan ayat-ayat.
BAHASA MENGANDUNGI SIMBOL-SIMBOL
Simbol-simbol atau lambang ialah setiap kata atau ucapan yang mewakili atau dihubungkan dengan benda, tindakan atau konsep tertentu. Misalnya, perkataan ‘kerusi’ dalam bahasa Melayu ialah suatu simbol yang mewakili satu benda tertentu.
Dalam erti kata lain, bahasa menggunakan bunyi suara, daripada bunyi suara inilah menerbitkan lambang-lambang visual yang berlainan daripada gambaran yang sebenar. Manusia berhubung atau berkomunikasi melalui gerak-geri simbol antara satu sama lain.
BAHASA TERDIRI DARIPADA BUNYI-BUNYI
Bunyi-bunyi yang dianggap sebagai simbol bahasa ialah bunyi-bunyi yang diujarkan oleh manusia melalui rongga mulut manusia. Bunyi-bunyi lain sperti bunyi disebabkan oleh gerakan-gerakan anggota badan manusia yang lain tidaklah dianggap sebagai simbol-simbol bahasa. Namun begitu bunyi yang diujarkan oleh manusia tidak semua diterima atau dianggap sebagai satu simbol bahasa, contohnya bunyi siulan (Lufti Abas, 1975 : 5) .
BAHASA BERSIFAT ARBITRARI
Arbitrari bermaksud sewenang-wenangnya, iaitu mencipta simbol atau lambang dengan sesuka hati. Arbitrari juga mempunyai konsep rujukan yang tiada hubungan mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda contohnya, ‘rumah’ dalam bahasa Melayu , ‘house atau haus’ dalam bahasa Inggeris, ‘Ngomah’ dalam bahasa Jawa, dan ‘bait’ dalam Arab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa, makna bagi sesuatu simbol atau perkataan ialah konvensional sifatnya.
Menurut De Saussure, bahasa dikatakan arbitrary dari aspek ia dihasilkan dengan tidak dimotivasikan, tidak terdapat hubungan semula jadi antara penunjuk dengan apa yang ditunjukkan. Sama sekali ridak dapat dijangkakan dalam kebanyakkan sifat-sifat bahasa dan hampir wujud perkaitan antara simbol dan objek (Wells, 1968).
BAHASA DIPELAJARI dan BUKAN DIWARISI
Dipelajari bermaksud bahasa itu bukanlah hal yang kita warisi sejak lahir, seperti kita mewarisi ciri-ciri fizikal ibu bapa kita. Tetapi kita mempelajari bahasa itu sama ada kita sedar ataupun tanpa kita seadri. Kita mempelajarinya sejak kita berumur satu tahun daripada masyarakat sekeliling kita terutama sekali keluarga kita. Contohnya, seorang bayi berbangsa Arab , sejak dari kecil lagi telah dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu, bahasa yang akan diperolehinya adalah bahasa Melayu dan bukanlah bahasa Arab.
BAHASA MEMPUNYAI MAKNA
Makna bererti sesuatu yang dimaksudkan oleh penutur atau penulis. Tiap-tiap yang dituturkan oleh penutur sesuatu bahasa itu mempunyai makna bagi pendengardalam masyarakat yang sama. Makna berhubung erat dengan pengucapan, malah terdapat kaitan yang rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan keadaan kebudayaan sekeliling. Hubungan anatara makna inilah yang menghasilkan komunikasi antara satu individu dengan individu yang lain.
BAHASA BERSIFAT DINAMIS
Menurut Kamus Dewan Edesi Ke-Empat, dinamis berksud bertenaga dan mempunyai kekuatan serta mampu membuat penyesuaian. Dinamis juga bermaksud menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Aktiviti manusia tidak tetap dan sering berubah-ubah. Bahasa turut berubah tidak statik inilah yang dinamakan dinamis.
Perubahan bahasa boleh berlaku pada semua peringkat linguistik jati. Contohnya, kehadiran alomoft iaitu mengehadkan, mengebom, dan mengeram. Perubahan radikal ini berlaku pada peringkat leksikon dan semantic kerana wujudnya, perubahan budaya.
BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI.
Bahasa yang digunakan dalam kehidupan manusia seharian ialah sebagai media untuk berkomunikasi. Ia juga bertujuaan untuk melahirkan perasaan, fikiran, kehendak, dan sebagainya. Bahasa dapat menghubungkan seseorang dengan yang lain sama ada dari segi jarak tempat atau jarak masa. Melalui jarak tempat, seseorang itu boleh berhubung dengan seseorang lain secara lisan denagn berhadpan atau menggunakan telefon , internet atau secara bertulis.
Berhubung secara masa pula adalah apabila seseorang itu mahu merakamkan sesuatu untuk pengetahuan generasi yang terkemudian daripadanya, maka dia boleh merakamkan pertuturannya. Melalui pita rakaman atau menulis dibuku. Oleh itu, dia dapat menyatakan fikirannay, kehendaknay atau pendapatnya kepada orang lain atau yang akan datang walaupun jarak masa hidup anatara mereka memakan masa berpuluh tahun (Arbak Othman, 19983 : 41-42).
FUNGSI BAHASA MELAYU
BAHASA RASMI
Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada. Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen. Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka. Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.
FUNGSI BAHASA RASMI
Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah, sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan. Digunakan dalam semua rekod kerajaan. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .
BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan. Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 ), Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)
FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN
Menyatukan rakyat, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini, menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya, mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara. Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum. Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan meliputi , sosial, ekonomi, dan politik.
PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan ditinjau melalui dua aspek iaitu kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu dan keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.
BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian
SEJARAH BAHASA ILMU
Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara. Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme. Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan Nuruddin Al-Raniri. Selain itu, tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah Abdul Samad al-Falambani di Palembang, Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin, Mohd Ismail Daut Pattani di Patani dan Raja Ali Haji di Riau.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan. Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.
FUNGSI BAHASA ILMU
Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu. Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian. Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu. Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.
BAHASA PENGANTAR
Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.
FUNGSI BAHASA PENGANTAR
Fungsi bahasa Melayu juga sebagai bahasa penghantar adalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain walaupun mempunyai kepercayaan dan agama yang berbeza contohnya bangsa Melayu, Cina dan India. Selain itu, ia juga digunakan dalam perhubungan antara kaum yang kuranng mahir dalam berbahasa Inggeris maka mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan ini akan memudahkan lagi perhubungan komunikasi. Bahasa Melayu turut digunakan dalam sistem pendidikan iaitu sebagai bahasa penghantar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
Pelajaran yang disampaikan oleh guru kepada pelajarnya hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tambahan pula, semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa Melayu. Usul-usul dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.
BAHASA PERPADUAN
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.
FUNGSI BAHASA PERPADUAN
Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.
PERBANDINGAN FONETIK DENGAN FONOLOGI.
Apabila hendak untuk memberi perbezaan atau perbandingan antara fonetik dan fonologi akan memberikan tanda tanya bagi memisahkan antara dua ini. Hal ini disebabkan fonetik dan fonologi ini saling melengkapi antara satu sama lain. Namaun terdapat juga pengkaji bahasa yang mengkaji bidang ini dan cuba memisahkannya.
Terdapat ahli bahasa mendefinisikan fonetik sebagai kajian tentang bunyi bahasa manakala fonologi kajian mengenai sistem bunyi bahasa. Fonetik merujuk kepada kajian tentang bunyi bahasa yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menhasilkan bunyi-bunyi ini dengan menggunakan organ sebutan. Setiap bunyi yang terhasil ini mempunyai cirinya yang tersendiri sebagaimana yang dirakamkan dalam notasi muzik, dalam cara yang sama bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk dikaji.
Sarjana lain menganggap fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya adalah fonetik. Cuma fonologi memerlukan konsep dan, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan ini adalh untuk menghasilkan suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Kajian terhadap fonologi tidak akan berlaku jika kita mempunyai pengetahuan yang utuh mengenai fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi.
Dalam bidang fonetik, fonetik adalah subdsiplin linguistik, kajian tentang bunyi sebagai satu fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya. Manakala fonologi pula, merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa iaiatu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik
Selain itu, fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan pandangan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Bagi fonologi pula kajian mengenai sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil dan fonotatik . contohnya, dalam bahasa Melayu terdapat sistem keselarasan bunyi , sistem persukuan, sistem abjad vocal dan konsonan, dan sebagainya.
Dalam pengkajian fonetik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori. Kajian yang dilakukan dalam fonologi pula berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.
Fonetik mengkaji elemen setiap bunyi atau ujaran manakala fonologi pula mengkaji berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi.
Dalam bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semu bahasa. Manakala dalam bidang fonologi ia menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.
BIDANG-BIDANG FONETIK BAHASA MELAYU
Fonetik Akustik
Fonetik akustik ini merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa berkomunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula mempunyai parameter-parameter seperti frekuensi fundamental (Fo) yang diukur dalam unit Hertz (Hz), intensiti dalam unit decibel (dB) dan durasi dalam unit saat (s) menyokong fungsi makna-makna tertentu. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masingnya sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangannya.
Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat dikatakan bahawa selalu semua alkan dirancang dalam minda si penutur sebelum diucapkan. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu. Norma dan makna ditentukan oleh masyarakat untuk menutur sesuatu bahasa. Sebagai contoh, lafaz bunyi em dalam ayat bahasa Melayu boleh menggantikan jawapan ya dalam ayat tanya berikut;
‘Awak yang makan nasi lemak itu?’
Jika lafaz bunyi em yang diberikan itu panjang , maka jawapan ya bagi soalan di atas. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketentuan makna yang tidak bertulis seperti ini merupakan norma-norma yang disepakati oleh masyarakat penutur bahasa Melayu. Perlu ditekan di sini, hanya penutur dan si pendengar yang hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu.
Dengan menggunakan perisian computer bernama Praat, bacaan unit-unit dapat dilihat. Program ini dicipta oleh sarjana Belanda yang bernama Boersma, P. dan David Weenink (1992). Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini mengguankan bacaan parameter ini bagi mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsiakn pemindahan signal yang berlaku. Garfik signal akustik ini mampu dilihat. Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang mengandungi fitur-fitur prosidi seperti kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan. Signal ini juga boleh dianalisis menggunakan program Praat bagi mendapatkan bacaan parameter Fo iaitu kependekan yang merujuk kepada fundamental frekuensi yang dipresepsikan oleh pendengar sebagai kelangsingan, intensiti iaitu kelantangan suara dan durasinya.
Fonetik Artikulatori
Fonetik artikulatori merujuk kepada kajian yang mengelaskan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan . pendeskripsian ini melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu sebutan manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluaran suara yang terlibat dalam pengeluaran
Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan bunyi-bunyi sperti letusan bibir tak bersuara dan bersuara, getaran gusi dan lain-lain.
1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas
4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah
10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak
13. Rongga hidung 14. Rongga mulut
15. Tenggorok
Fonetik auditori
Fonetik ini adalah kajian mengenai sebutan bunyi yang didengar. Proses yang terlibat dinamakan sebagai merekod, yang melibatkan pendengar. Penutur mengintegrasikan makalumat yang hendak disampaikan ke dalam bentuk kod-kod tertentu seperti bunyi, kata dan ayat. Manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermaknadalam komunikasi yang berlangsung.
Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang direfleksikan oleh pendengar. Pandangan pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secarasendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Makan emosi ini mreupakan satu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Untuk mendapatkan makna emosi ini kajian perlu dilakukan dengan kaedah soal selidik yang dinamakan ujian persepsi. Kajian ini dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya dianalisis bagi menjamin ketepatan keputusan ujian tersebut.